Friday 5 July 2013

Ramadhan ♥



Assalamualaikum akhi wa ukhti, khaifa halukum? semoga sahabat berada di dalam kesejahteraanNya. in shaa Allah, Allahumma Aamiin. hihi, Rasa lama sangat tak update blog ni, dah berhabuk pun ada. tapi takada orang nak tolong lapkan :'( Alhamdulillah, ana masih diberi kesempatan untk update new entri. haa, new entri ana kali ni about 'ramadhan Al-Mubarak'. Ramadhan al-Mubarak merupakan bulan yang paling dinanti oleh setiap umat islam, ramadhan merupakan bukan yang paling mulia di antara seribu bulan. Ramadhan al-Mubarak merupakan dimana meWAJIBkan seluruh umat islam yang sudah sempurna sebagai seorang islam berpuasa. 

Antara Syarat wajib berpuasa :

1. Islam. Disyariatkan berpuasa kepada mereka yang memeluk agama Islam dan tidak disyariatkan ibadah ini kepada kaum kafir.

2. Berakal. Ibadah puasa juga dituntut kepada mereka yang berakal dan yang waras dalam berfikir sebagai seorang manusia. Taklifan puasa ini tidak jatuh kepada mereka yang hilang kewarasan akal, gila, tidak sedarkan diri (koma) dan yang setara dengannya.

3.Baligh. Puasa diwajibkan ke atas mereka yang telah mencapai usia baligh disisi syarak.

Syarat Wajib menunaikan berpuasa:

1. Sihat, tidak dalam keadaan sakit yang boleh medatangkan bebanan kepada diri untuk berpuasa.

2. Menetap/ bermukim, tidak dalam keadaan bersafar/musafir. Dalil kedua syarat ini adalah firman Allah Ta’ala,

وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ

“Dan barangsiapa yang dalam keadaan sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain” ( Al-Baqarah: 185).

3. Suci dari haid dan nifas bagi wanita. Dalilnya adalah hadith dari Mu’adzah.

Syarat Sah berpuasa :

1) Dalam keadaan suci dari haidh dan nifas. Syarat ini adalah syarat dikenakan kewajiban puasa dan sekaligus syarat sahnya puasa.

(2) Berniat. Niat merupakan syarat sah puasa karena puasa adalah ibadah sedangkan ibadah tidaklah sah kecuali dengan niat sebagaimana ibadah yang lain. Dalil dari hal ini adalah sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam, daripada Umar al-Khattab: 


إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ

“Sesungguhnya setiap amal itu tergantung dari niatnya.”(Riwayat Bukhari no. 1 dan Muslim no. 1907)

Niat puasa ini harus dilakukan untuk membezakan dengan menahan lapar dahaga dan sebagainya. Menahan lapar boleh jadi hanya sekadar fitrah atau kebiasaan bagi manusia yang berpuasa, dalam rangka diet, atau disebabkan sakit sehingga harus dibezakan dengan puasa yang merupakan ibadah. ( Sahih Fiqh Sunnah, 2/ 97 dan Al Mawsu’ah Al Fiqhiyah)

berpuasa bukanlah dari segi dia melafazkan, tetapi meniatkan di dalam hati : Firman Allah SWT

لَا يَصِحُّ الصَّوْمَ إِلَّا بِالنِّيَّةِ وَمَحَلُّهَا القَلْبُ وَلَا يُشْتَرَطُ النُّطْقُ بِلاَ خِلَافٍ

“Tidaklah sah puasa seseorang kecuali dengan niat. Letak niat adalah dalam hati, tidak disyaratkan untuk diucapkan. Masalah ini tidak ada perselisihan di antara para ulama.”( Rawdhatuth Tholibin, 1/268.)

sahabat sahabat, kita diwajibkan berniat puasa sebelelum fajar atau sebelum tibanya waktu subuh:

Dalilnya adalah hadith dari Ibn Umar radhiallahu ‘anhuma dari Hafshah –istri Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:


مَنْ لَمْ يُجْمِعِ الصِّيَامَ قَبْلَ الْفَجْرِ فَلاَ صِيَامَ لَهُ

“Barangsiapa siapa yang tidak berniat sebelum fajar, maka puasanya tidak sah. (Riwayat Abu Daud no. 2454, Tirmidzi no. 730, dan Nasa’i no. 2333.)

Antara fadhilat berpuasa di bulan Ramadhan :

Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 ) "Wahai orang-orang beriman!! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa".
 
Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap ummat Islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manfaat dan keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu dan menghayatinya.
 
KEUTAMAAN RAMADHAN
Terdapat puluhan hadis Rasulullah saw yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan pusa di bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manfaat ummat Islam di akhirat kelak, malah ianya memberi faedah yang besar untuk kesihatan tubuh badan manusia di dunia ini.
 
ANTARA FADHILAT DAN KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN.
1. Pintu langit dibuka
2. Pintu-pintu syurga di buka
 
FADHILAT YANG LAIN
1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
3. Orang yang berpuasa mendapat 2 kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt 5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga
6. Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan 1700 kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan 70,000 malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.
 
selain itu, di bulan Ramadhan inilah peluang untk kita meningkatkan keimanan kepada Allah SWT. peluang untk kita menempah nama di syurga, dan cancelkan segala tempahan di neraka. daripada tdk menunaikan solat, kita tunaikan solat, daripada tidak menutup aurat, kita tutup sempurna aurat. segalanya pasti indah sekiranya berniat lillahita'ala. orang yang tidak merasa kemanisan islam adalah mereka yang tidak update imannya, mereka yang tdk sedar akn dosanya. sahabat, marilah kita sama smaa menjadikan Bulan Ramdhan kali ini, sebagai ramdhan yang diterima Allah SWT. in shaa Allah :)

Selamat beramal akhi wa ukhti ♥ 






Tuesday 16 April 2013

AURAT ITU PERISAI SEORANG HAWA


Assalamualaikum WBT, hi hi sahabat sekalian. khaifa haluki/halukum? Allah, asiif jiddan kerana saya sudah lama tak update ini blog :( rindu rindu :( sangat sangat sangat :( hm hm, saya sibuk memanjang, dah berhabuk habuk ini blog. takdokk orang nak lapkan :( hehehe. rindu ana dokk? ewahh ewahh :p

okay, sebagai permulaan setelah sekian lama tak mengupdate. tajuk entry ana hari ini ialah 'AURAT'. sahabat, ketahuilah bahawa Aurat itu ibarat permata, permata yang terlalu indah untuk disentuh, untuk dilihat. Allah ! sahabat, ketahuilah bahawa KITA WAJIB MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA :) 
Lets Cover Our Aurah ! 

AURAT LELAKI ialah : daripada pusat hingga ke lutut
AURAT PEREMPUAN ialah : SELURUH anggota badan kecuali tapak tangan dan muka .

sahabat, ayuh la kita mengejar redha Allah dengan menutup aurat dengan sempurna. doksah laa menayang pada yang lain kecuali mahram. Perintah ini sudahpun terdapat di dalam Al-Quran yang menyeru kita supaya menutup aurat . 

dalil al-quran : 


"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur:31)

sahabat yang dikasihi , ayuhla kita menutup aurat. sesngguhnya. yang tertutup itu indah. menutup aurat dapat menghindarkan diri kita daripada perkara perkara yang buruk, maksiat dan pandangan nafsu ajnabi. in shaa Allah sahabat, dengan menutup aurat, kita akan merasa diri kita selamat, dan berada di dalam perlindungan Allah SWT. percayala sahabat. buat sahabat sahabat yang masih belum menutup aurat , jangan merasa diri rendah. perlahan lahan , Allah Maha Pengampun. insan ini sentiasa mendoakan sahabat sahabat sekalian . Lets Retent To Allah ya sahabatillah ! 

syukran Jazilan (: asiff jiddan jika terdapat kekurangan pada entry ini (: moga dapat beramal bersama sama ya ? :) *peace*




Thursday 20 December 2012

Melakar Cinta Allah Melalui Persahabatan


Bismillahirahmanirahim , Alhamdulillahirabbil alamin wasolatuwasala mua'ala asyrafil anbia' iwalmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajmain . Assalamualaikum ya akhi ya ukhti , alhamdulillah , ana diberi sekali lagi peluang untuk meng-update entry baru . sebelum itu , ana ingin meminta maaf , menyusun sepuluh jari memohon ampun kerana ana telah meletakkan gambar yang mungkin bagi pandangan kita tidak sopan , kerana ia tidak menutup aurat . ana minta maaf sangat ye ? gambar ini entah kenapa terlalu 'sweet' dan terserlah hubungan persahabatannya (: wallahualam . sahabat semua sihat ? alhamdulillah . kepada yang tidak sihat , silalah rajin rajin kan kaki melangkah pergi klinik ye ? kesihatan itu amat penting untuk kita terus melakukan ibadah kepadaNya (: entry ana kali ini bertajuk ' Melakar Cinta Allah melalui persahabatan' tajuk ini ana dapat daripada blog  http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/2420-melakar-cinta-allah-melalui-sahabat.htmll . dan ana akan mengambil serba sedikit maklumat mengenai tajuk ini daripada blog sahabat tersebut . Sebelum itu , ana nak tanya sahabat semua , anda semua punya sahabat baik ? mesti ada kan ? setiap manusia , tidak kira tua atau muda , pasti ada sahabat baik , kerana kita memerlukan sahabat selain daripada keluarga . ana juga mempunyai sahabat baik (: alhamdulillah , kami telah bersahabat selama beberapa tahun . moga kami terus kekal sehingga ke jannatul firdaus (: amin ya rabbal alamin . sahabat .. sahabat mempunyai maksud yang terlalu dalam . sahabat di mana seorang yang sudi berkongsi suka , duka bersama . sahabat juga ialah seorang yang setia . tidak kiralah , seberapa banyak pun perselisihan faham , mereka tetap bersama . menanam sifat saling maaf memaafi , tidak menyimpanperasaan dendam , iri hati dan sebagainya . saling bantu membantu tika diri diperlukan . Allahuakbar ! indahnya persahabatan . tetapi dalam dunia ini , susah untuk kita mencari seorang sahabat yang sejati , sahabat yang sudi berkongsi suka duka . wallahualam . oleh kerana itu , kita sebagai hambaNya yang menumpang kasih di bumi ini , haruslah sentiasa berdoa agar kita dikurniakan sahabat yang sejati , yang mampu membimbing kita ke jalanNya , yang sentiasa mendoakan kesejahteraan bersama . ana ingin berkongsi , ana pernah terbaca sebuah hadis , yang mengatakan bahawa , jika kita menyayangi sahabat kita , makan wajiblah kita untuk menyatakan rasa sayang kita terhadapnya . wallahualam . dalam menjalinkan sebuah persahabatan yang sejati , niat bersahabat haruslah ikhlas , hendaklah kita mengetahui bahawa sahabat bukan milik kita selamanya . ia adalah pinjaman Allah SWT kepada kita . dan hendaklah kita menjaga sebaik baiknya amanah yang dikurniakan . persahabatan yang dijalinkan mestilah berlandaskan nas al-quran , berlandaskan syariat islam . in shaa Allah , mudah mudahan Allah sentiasa bersama kita untuk melindungi persahabatan kita semua . tetapi ada juga manusia yang entah dimana akal fikirannya, masih tidak faham erti persahabatan . mementingkan kepentingan diri sendiri , mementingkan kebahagiaan sendiri tanpa meletakkan hubungan persahabatannya di atas . Nauzubillahiminzalik . moga moga kita tidak tergolong dalam orang yang sebegitu :( Allah ! rasanya sudah panjang ana berbicara , cukup laa sampai disini sahaja nukilan ana buat hari ini . semoga apa yang diperkatakan sentiasa bermanfaat para pembaca semua (: in shaa Allah . semoga hubungan ukhuwah kita semua terpelihara dan sentiasa dilindungi olehNya . in shaa Allah . Uhibbuki Fillah ! jazakAllahukhairan . Assalamualaikum readers :* 

Wednesday 19 December 2012

Imtihan ♥



Assalamualaikum ya akhi ya ukhti . salam ukhuwah fillah . khaifa haluki ? dalam erti kata , apa khabar ? ana harap semua khabar baik (: alhamdulillah , tapi tidak bagi ana , ehem ehem ,demam sedikit . tapi tidak mengapa . kita kena percaya , sesungguhnya sakit itu adalah penghapus dosa dosa kecil . wallahualam . alhamdulillah , ana diberi peluang sekali lagi untuk meng-update blog pada hari ini . alhamdulillah , tajuk yang akan di kongsikan ialah 'imtihan' . imtihan dalam erti kata lain ialah , peperiksaan (: seperti para readers tahu , hari ini bertarikh 19/12/2012 , bersamaan 5 safar 1434H , hari yang paling mendebarkan buat para para pelajara tingkatan 3 2012 . hari ini adalah hari pengambilan keputusan PMR mereka (: adik adik semua , hows result ? adakah ia cemerlang ? alhamdulillah . kepada yang cemerlang , ana ucapkan setinggi tinggi tahniah , anda berjaya membuat kedua dua ibu bapa anda gembira . alhamdulillah . kepada yang kurang cemerlang , percayalah kepada takdir , sesungguhnya Dia , yakni Allah SWT , telah menetapkan yang paling terbaik buat kalian semua . Dia Maha Merancang , sesungguhnya PerancanganNya adalah serba serbi sempurna . tiada satu pun cacat cela . Allahuakbar !!!  bagi yang cemerlang , kekalkan usaha anda semua untuk terus berjaya menuju menara gading . dan buat yang kurang cemerlang , balik rumah , muhasabah diri , fikirkan semula , sebab apa kita tidak seperti yang lain ? apa kesilapan yang sudah dilakukan ? fikir dan renungkan (: dan kita kena yakin pada diri ini satu hari , kita pasti dan mampu membuktikan kepada orang lain , gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya . Allah sengaja meletakkan kita pada tahap dan pencapaian skrg kerana Dia mahu kita semua terus menerus berusaha . untuk pengetahuna sahabat sahabat semua , adik ana , juga salah seorang lepasan PMR . alhamdulillah , keputusan dia tidak la sebagus mana juga tidak seteruk mana . itulah hasil usahanya . kami semua dapat berkongsi kegembiraan bersama keluarga tersayang . alhamdulillah . Allah itu Maha Kaya . 
para sahabat semua , kita sebagai hambaNya , tugas kita adalah sentiasa berdoa , dan mendirikan solat sekiranya kita mahu mendapatkan apa yang diingini . kita inginkan keputusan yang cemerlang , tapi tiada usaha , tiada doa ? tidakkah konsep seorang pelajar , mukmin itu sudah lari ? nauzubillahiminzalik . Jika kita mahukan apa yang diingini , yang penting kita tunaikan dahulu apa yang diiniginkanNya Allah SWT (: jika niat kita ikhlas , in shaa Allah , segalanya akan dipermudahkan . sahabat fillah , mudah mudahan , kata kata ana dapat membangkitkan semangat anda semua untuk terus berusaha menuju ke arah matlamat yang ingin dituju . in shaa Allah , segalanya pasti terjawab kelak (: yang penting , USAHA , DOA dan TAWAKAL ! 
ana harap , sahabat semua dapat sesuatu yang bermanfaat selepas membaca entry ana (: BITTAUFIQ WANNAJAH FIL IMTIHAN sahabat akhi dan ukhti (: semoga kita semua terus berusaha untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat kelak (: wallahualam .