Thursday, 20 December 2012

Melakar Cinta Allah Melalui Persahabatan


Bismillahirahmanirahim , Alhamdulillahirabbil alamin wasolatuwasala mua'ala asyrafil anbia' iwalmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajmain . Assalamualaikum ya akhi ya ukhti , alhamdulillah , ana diberi sekali lagi peluang untuk meng-update entry baru . sebelum itu , ana ingin meminta maaf , menyusun sepuluh jari memohon ampun kerana ana telah meletakkan gambar yang mungkin bagi pandangan kita tidak sopan , kerana ia tidak menutup aurat . ana minta maaf sangat ye ? gambar ini entah kenapa terlalu 'sweet' dan terserlah hubungan persahabatannya (: wallahualam . sahabat semua sihat ? alhamdulillah . kepada yang tidak sihat , silalah rajin rajin kan kaki melangkah pergi klinik ye ? kesihatan itu amat penting untuk kita terus melakukan ibadah kepadaNya (: entry ana kali ini bertajuk ' Melakar Cinta Allah melalui persahabatan' tajuk ini ana dapat daripada blog  http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/2420-melakar-cinta-allah-melalui-sahabat.htmll . dan ana akan mengambil serba sedikit maklumat mengenai tajuk ini daripada blog sahabat tersebut . Sebelum itu , ana nak tanya sahabat semua , anda semua punya sahabat baik ? mesti ada kan ? setiap manusia , tidak kira tua atau muda , pasti ada sahabat baik , kerana kita memerlukan sahabat selain daripada keluarga . ana juga mempunyai sahabat baik (: alhamdulillah , kami telah bersahabat selama beberapa tahun . moga kami terus kekal sehingga ke jannatul firdaus (: amin ya rabbal alamin . sahabat .. sahabat mempunyai maksud yang terlalu dalam . sahabat di mana seorang yang sudi berkongsi suka , duka bersama . sahabat juga ialah seorang yang setia . tidak kiralah , seberapa banyak pun perselisihan faham , mereka tetap bersama . menanam sifat saling maaf memaafi , tidak menyimpanperasaan dendam , iri hati dan sebagainya . saling bantu membantu tika diri diperlukan . Allahuakbar ! indahnya persahabatan . tetapi dalam dunia ini , susah untuk kita mencari seorang sahabat yang sejati , sahabat yang sudi berkongsi suka duka . wallahualam . oleh kerana itu , kita sebagai hambaNya yang menumpang kasih di bumi ini , haruslah sentiasa berdoa agar kita dikurniakan sahabat yang sejati , yang mampu membimbing kita ke jalanNya , yang sentiasa mendoakan kesejahteraan bersama . ana ingin berkongsi , ana pernah terbaca sebuah hadis , yang mengatakan bahawa , jika kita menyayangi sahabat kita , makan wajiblah kita untuk menyatakan rasa sayang kita terhadapnya . wallahualam . dalam menjalinkan sebuah persahabatan yang sejati , niat bersahabat haruslah ikhlas , hendaklah kita mengetahui bahawa sahabat bukan milik kita selamanya . ia adalah pinjaman Allah SWT kepada kita . dan hendaklah kita menjaga sebaik baiknya amanah yang dikurniakan . persahabatan yang dijalinkan mestilah berlandaskan nas al-quran , berlandaskan syariat islam . in shaa Allah , mudah mudahan Allah sentiasa bersama kita untuk melindungi persahabatan kita semua . tetapi ada juga manusia yang entah dimana akal fikirannya, masih tidak faham erti persahabatan . mementingkan kepentingan diri sendiri , mementingkan kebahagiaan sendiri tanpa meletakkan hubungan persahabatannya di atas . Nauzubillahiminzalik . moga moga kita tidak tergolong dalam orang yang sebegitu :( Allah ! rasanya sudah panjang ana berbicara , cukup laa sampai disini sahaja nukilan ana buat hari ini . semoga apa yang diperkatakan sentiasa bermanfaat para pembaca semua (: in shaa Allah . semoga hubungan ukhuwah kita semua terpelihara dan sentiasa dilindungi olehNya . in shaa Allah . Uhibbuki Fillah ! jazakAllahukhairan . Assalamualaikum readers :* 

1 comment:

  1. Alhamdulillah, ida sangat menyokong kata kata kak iylia ini (: sesungguhnya pershabatan yang berlandaskan syariat Islam itu smmgnya sangat Indah kak iylia,lagi lgi jika mmpunyai persefahaman antara satu sama lain (: dan juga persahabtan haruslah ke arah kebaikan bukan ke arah mmbinasakan (: jika sahabat kita ingkar perintah Allah SWT contohnya keluar dgn tidak menutup Aurat , berdosa bagi kita kerana tidak menegur dan menasihati dirinya sdgkan kita bersahabat dgnnya. Allahuakbar. sbgai seorang shaabat, haruslah hadirkan buih buih kasih dgn sentiasa mengingati Allah SWT bersama. sama samalah kita menuju jannatul firdaus. doakan ida menjadi adik dan sahabat yang baik ye kak iylia,Amin (:

    ReplyDelete