Tuesday 16 April 2013

AURAT ITU PERISAI SEORANG HAWA


Assalamualaikum WBT, hi hi sahabat sekalian. khaifa haluki/halukum? Allah, asiif jiddan kerana saya sudah lama tak update ini blog :( rindu rindu :( sangat sangat sangat :( hm hm, saya sibuk memanjang, dah berhabuk habuk ini blog. takdokk orang nak lapkan :( hehehe. rindu ana dokk? ewahh ewahh :p

okay, sebagai permulaan setelah sekian lama tak mengupdate. tajuk entry ana hari ini ialah 'AURAT'. sahabat, ketahuilah bahawa Aurat itu ibarat permata, permata yang terlalu indah untuk disentuh, untuk dilihat. Allah ! sahabat, ketahuilah bahawa KITA WAJIB MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA :) 
Lets Cover Our Aurah ! 

AURAT LELAKI ialah : daripada pusat hingga ke lutut
AURAT PEREMPUAN ialah : SELURUH anggota badan kecuali tapak tangan dan muka .

sahabat, ayuh la kita mengejar redha Allah dengan menutup aurat dengan sempurna. doksah laa menayang pada yang lain kecuali mahram. Perintah ini sudahpun terdapat di dalam Al-Quran yang menyeru kita supaya menutup aurat . 

dalil al-quran : 


"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur:31)

sahabat yang dikasihi , ayuhla kita menutup aurat. sesngguhnya. yang tertutup itu indah. menutup aurat dapat menghindarkan diri kita daripada perkara perkara yang buruk, maksiat dan pandangan nafsu ajnabi. in shaa Allah sahabat, dengan menutup aurat, kita akan merasa diri kita selamat, dan berada di dalam perlindungan Allah SWT. percayala sahabat. buat sahabat sahabat yang masih belum menutup aurat , jangan merasa diri rendah. perlahan lahan , Allah Maha Pengampun. insan ini sentiasa mendoakan sahabat sahabat sekalian . Lets Retent To Allah ya sahabatillah ! 

syukran Jazilan (: asiff jiddan jika terdapat kekurangan pada entry ini (: moga dapat beramal bersama sama ya ? :) *peace*




No comments:

Post a Comment