Friday 5 July 2013

Ramadhan ♥



Assalamualaikum akhi wa ukhti, khaifa halukum? semoga sahabat berada di dalam kesejahteraanNya. in shaa Allah, Allahumma Aamiin. hihi, Rasa lama sangat tak update blog ni, dah berhabuk pun ada. tapi takada orang nak tolong lapkan :'( Alhamdulillah, ana masih diberi kesempatan untk update new entri. haa, new entri ana kali ni about 'ramadhan Al-Mubarak'. Ramadhan al-Mubarak merupakan bulan yang paling dinanti oleh setiap umat islam, ramadhan merupakan bukan yang paling mulia di antara seribu bulan. Ramadhan al-Mubarak merupakan dimana meWAJIBkan seluruh umat islam yang sudah sempurna sebagai seorang islam berpuasa. 

Antara Syarat wajib berpuasa :

1. Islam. Disyariatkan berpuasa kepada mereka yang memeluk agama Islam dan tidak disyariatkan ibadah ini kepada kaum kafir.

2. Berakal. Ibadah puasa juga dituntut kepada mereka yang berakal dan yang waras dalam berfikir sebagai seorang manusia. Taklifan puasa ini tidak jatuh kepada mereka yang hilang kewarasan akal, gila, tidak sedarkan diri (koma) dan yang setara dengannya.

3.Baligh. Puasa diwajibkan ke atas mereka yang telah mencapai usia baligh disisi syarak.

Syarat Wajib menunaikan berpuasa:

1. Sihat, tidak dalam keadaan sakit yang boleh medatangkan bebanan kepada diri untuk berpuasa.

2. Menetap/ bermukim, tidak dalam keadaan bersafar/musafir. Dalil kedua syarat ini adalah firman Allah Ta’ala,

وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ

“Dan barangsiapa yang dalam keadaan sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain” ( Al-Baqarah: 185).

3. Suci dari haid dan nifas bagi wanita. Dalilnya adalah hadith dari Mu’adzah.

Syarat Sah berpuasa :

1) Dalam keadaan suci dari haidh dan nifas. Syarat ini adalah syarat dikenakan kewajiban puasa dan sekaligus syarat sahnya puasa.

(2) Berniat. Niat merupakan syarat sah puasa karena puasa adalah ibadah sedangkan ibadah tidaklah sah kecuali dengan niat sebagaimana ibadah yang lain. Dalil dari hal ini adalah sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam, daripada Umar al-Khattab: 


إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ

“Sesungguhnya setiap amal itu tergantung dari niatnya.”(Riwayat Bukhari no. 1 dan Muslim no. 1907)

Niat puasa ini harus dilakukan untuk membezakan dengan menahan lapar dahaga dan sebagainya. Menahan lapar boleh jadi hanya sekadar fitrah atau kebiasaan bagi manusia yang berpuasa, dalam rangka diet, atau disebabkan sakit sehingga harus dibezakan dengan puasa yang merupakan ibadah. ( Sahih Fiqh Sunnah, 2/ 97 dan Al Mawsu’ah Al Fiqhiyah)

berpuasa bukanlah dari segi dia melafazkan, tetapi meniatkan di dalam hati : Firman Allah SWT

لَا يَصِحُّ الصَّوْمَ إِلَّا بِالنِّيَّةِ وَمَحَلُّهَا القَلْبُ وَلَا يُشْتَرَطُ النُّطْقُ بِلاَ خِلَافٍ

“Tidaklah sah puasa seseorang kecuali dengan niat. Letak niat adalah dalam hati, tidak disyaratkan untuk diucapkan. Masalah ini tidak ada perselisihan di antara para ulama.”( Rawdhatuth Tholibin, 1/268.)

sahabat sahabat, kita diwajibkan berniat puasa sebelelum fajar atau sebelum tibanya waktu subuh:

Dalilnya adalah hadith dari Ibn Umar radhiallahu ‘anhuma dari Hafshah –istri Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:


مَنْ لَمْ يُجْمِعِ الصِّيَامَ قَبْلَ الْفَجْرِ فَلاَ صِيَامَ لَهُ

“Barangsiapa siapa yang tidak berniat sebelum fajar, maka puasanya tidak sah. (Riwayat Abu Daud no. 2454, Tirmidzi no. 730, dan Nasa’i no. 2333.)

Antara fadhilat berpuasa di bulan Ramadhan :

Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 ) "Wahai orang-orang beriman!! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa".
 
Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap ummat Islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manfaat dan keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu dan menghayatinya.
 
KEUTAMAAN RAMADHAN
Terdapat puluhan hadis Rasulullah saw yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan pusa di bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manfaat ummat Islam di akhirat kelak, malah ianya memberi faedah yang besar untuk kesihatan tubuh badan manusia di dunia ini.
 
ANTARA FADHILAT DAN KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN.
1. Pintu langit dibuka
2. Pintu-pintu syurga di buka
 
FADHILAT YANG LAIN
1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
3. Orang yang berpuasa mendapat 2 kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt 5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga
6. Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan 1700 kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan 70,000 malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.
 
selain itu, di bulan Ramadhan inilah peluang untk kita meningkatkan keimanan kepada Allah SWT. peluang untk kita menempah nama di syurga, dan cancelkan segala tempahan di neraka. daripada tdk menunaikan solat, kita tunaikan solat, daripada tidak menutup aurat, kita tutup sempurna aurat. segalanya pasti indah sekiranya berniat lillahita'ala. orang yang tidak merasa kemanisan islam adalah mereka yang tidak update imannya, mereka yang tdk sedar akn dosanya. sahabat, marilah kita sama smaa menjadikan Bulan Ramdhan kali ini, sebagai ramdhan yang diterima Allah SWT. in shaa Allah :)

Selamat beramal akhi wa ukhti ♥ 






No comments:

Post a Comment